Logo Rasmi UMP
Reka bentuk logo UMP adalah terhasil daripada kombonasi logo dan rupataip tulisan jawi dan rumi perkataan Universiti Malaysia Pahang.
Kombinasi ini membentuk satu logo lengkap dan TIDAK BOLEH digunakan secara berasingan.
Penggunaan Grid adalah sebagai panduan teknikal bagi pembentukan logo supaya sentiasa jelas di samping dapat memastikan keseragaman penggunaannya. Penggunaan garisan luar outline pada logo dan perkataan UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG disamping penggunaan grid dapat memastikan pembentukan yang lebih tepat untuk sebarang kaedah pembesaran atau pengecilan. Ilustrasi yang disediakan di sini hendaklah menjadi sumber muktamad dalam usaha menyelesaikan ketidakpastian atau kesamaran.