Representasi Logo Rasmi UMP Diikuti Logo Rakan Kolaborasi/ Agensi Luar/ lain-lain
Logo rasmi UMP MESTI diletakkan di bahagian KIRI sekiranya UMP berkolaborasi dengan agensi luar dan posisi UMP adalah sebagai tuan rumah (host).
Logo UMP MESTI diletakkan di bahagian KANAN sekiranya digandingan dengan mana-mana logo kementerian.
Representasi kedua-dua logo mestilah diletakkan secara beriringan di dalam penghasilan apa jua jenis karya grafik dengan menggunakan spesifikasi yang ditetapkan.
UMP Diikuti Logo Rakan Kolaborasi/ Agensi Luar/ lain-lain
Logo rasmi UMP MESTI diletakkan di bahagian KIRI sekiranya UMP berkolaborasi dengan agensi luar dan posisi UMP adalah sebagai tuan rumah (host). Representasi kedua-dua logo mestilah diletakkan secara beriringan di dalam penghasilan apa jua jenis karya grafik dengan menggunakan spesifikasi yang ditetapkan.
Logo UMP bersama Logo Kementerian
Penggunaan logo UMP MESTI diletakkan di bahagian KANAN sekiranya digandingkan dengan mana-mana logo kementerian. Representasi kedua-dua logo tersebut mestilah diletakkan secara beriringan di dalam penghasilan apa jua jenis karya grafik dengan mengambilkira logo kementerian mestilah didahulukan.
Representasi Logo Rasmi UMP sekiranya terdapat lebih daripada Tiga Rakan Kolaborasi/Agensi Luar
Sekiranya jumlah logo rakan kolaborasi UMP terdiri daripada tiga (3) entiti atau lebih dan posisi UMP adalah sebagai
tuan rumah (host), logo UMP ditengah dan logo-logo institusi lain boleh disusun mengikut keutamaan dari segi protokol. Representasi kedua-dua logo mestilah diletakkan secara beriringan di dalam penghasilan apa jua jenis karya grafik dengan menggunakan spesifikasi yang ditetapkan.