Logo Rasmi UMP dan Nama Jabatan

Representasi logo rasmi UMP juga boleh diletakkan bersama nama Fakulti, Persatuan, Pusat Penyelidikan dan Unit tetapi meestilah mengikut tatacara yang betul. lni bagi memastikan keseragaman dan menjamin identiti korporat UMP terperlihara keserlahannya.

Bagi tujuan penyeragaman rupa taip pada logo rasmi UMP dan logo yang diikuti nama (logo Fakulti, Persatuan, Pusat Penyelidikan Bersekutu dan Unit) universiti telah menetapkan tatacara perletakkannya adalah seperti berikut:

Jenis rupataip bagi perkataan Jawi Universiti Malaysia Pahang adalah Arial Arabic.

Jenis rupataip bagi perkataan rumi Universiti Malaysia Pahang adalah Swis721 BT Bold.

Jenis tulisan bagi Jabatan / Fakulti yang di bawah tulisan Universiti Malayia Pahang adalah Swis721 BT Regular.

Garis pemisah mestilah diletakkan dibawah logo rasmi dengan speksifikasi yang betul. Ketebalan garisan adalah 0.75 point.
Ukuran garisan hendaklah sebaris dengan tulisan Universiti Malaysia Pahang diikuti dengan penyataan nama jabatan/fakulti.

 


Print   Email